sEEkiNg ForgiveneSS
Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang amat ku kasihi,
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan bersempena juga dgn peperiksaan yang akan tiba, diri ini ingin meminta maaf atas apa jua kesalahan yang pernah diri ini lakukan terhadap kalian, tidak kira zahir atau batin, yang tersurat atau pun tersirat...
Sesungguhnya diri ini hamba yang lemah, yang sering kali tidak punya kekuatan untuk menjaga diri dan hati ini daripada perbuatan dan fikiran yang kurang wajar. Oleh itu, diri ini hanya mengharapkan ampunan daripada kalian semua...semoga Allah mengikat hati-hati ini berdasarkan aqidah yang benar dan ukhuwah Fillah..
bagi pihak kalian pula, walaupun kalian tidak pernah berlaku salah terhadap diri ini sekalipun...diri ini sudah sedia memaafkan kalian..
Diri ini tahu meminta maaf bukan hanya pada bulan Ramadhan atau pabila peperiksaan hampir sahaja, Namun diri ini merasakan begitu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah diri ini lakukan, terkadang mungkin tanpa diri ini sedari..
Ku akhiri dengan ucapan Selamat Berjuang dan Menempuh Kejayaan dalam peperiksaan yang bakal tiba..Jihad Fii-Sabilillah!
wassalam.
;)

<< Home