...Marlina Mardhatillah...

Monday, April 03, 2006

Hidup ini suatu ujian

Dunia ku....

Minggu lepas jiwaku resah gelisah, lantaran diuji sedikit oleh Allah SWT..
alahai.... sungguh lemahkah diriku ini? Kalau ujian yang tak seberapa pun terasa sungguh berat, bagaimana ingin menghadapi cabaran2 yang lebih hebat? Namun setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.. Minggu lepas ana dengar lagu Rahmat Ujian sampai dah tak larat dah.. tapi liriknya sungguh menyentuh hati..mungkin terlalu relevan dalam ana menghadapi pelbagai dugaan..
Tapi bezanya seorang mukmin, apabila lebih banyak diuji, lebih lagi dia akan berharap dgn Allah SWT, lebih dekat lagi dia kepada Allah SWT. Dia tahu Allah SWT mahu menduga sejauh mana keimanannya terhadap qada' dan qadar Allah. Adakah dia akan kecewa? tak puas hati? dengki dgn org lain yg lebih bahagia? merungut? atau adakah dia akan mengucapkan 'Alhamdulillah...sesungguhnya kpd Engkaulah dikembalikan segala urusan..' (3:109)

"Apakah kamu mengira bhw kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah org2 yg berjihad di antaramu, dan belum nyata org2 yg sabar" (3:142)

"Allahlah pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong" (3:150)

"Kamu sungguh2 akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.....Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yg demikian itu termasuk urusan yg patut diutamakan" (3:186)


Ayat Al-Quran ni, bukannya diturunkan kpd Rasulullah SAW sahaja..tetapi untuk dihayati oleh kita semua...kita kena rasa macam Allah memberitahu kita ayat itu... kecuali ada sesetengah ayat yang spesifik utk Rasulullah shj... Therefore...apply the Quran in our life, because it's there for a reason- panduan utama umat islam. Dalam khutbah terakhir Rasulullah SAW, baginda berpesan kpd kita supaya berpegang teguh dgn Al-Quran dan sunnahnya... itulah 2 perkara yang akan menyelamatkan kita. Tiba-tiba teringat lagu Opick, "baca quran dan maknanya", sesuatu yg jarang kita dengari dalam nasyid2 dari Malaysia...

Ada pula firman Allah yg berbunyi,
"Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah lah hati menjadi tenteram" (13:28)

Ketenteraman, atau ketenangan... macam mana sebenarnya ketenangan itu ye? Susah untuk dibayangkan. Ada sahabat ana beri satu perumpamaan. Bayangkan sebuah kolam yg tenang, airnya statik bagaikan kaca...tapi bila kita lempar batu..*dush* masuk dlm air itu, pasti air itu berkocak dan berolak seketika. Kemudian cuba tunggu disitu dan lihat air kolam tu kembali tenang seperti asalnya.. Pabila ia kembali kpd asalnya...seperti itulah ketenangan.
Dan begitu jugalah yang telah ana rasai. Alhamdulillah, baru kini ana faham bagaimana yg dimaksudkan dgn ketenangan yg hanya mampu dikurniakan oleh Allah SWT. Tiada yg lain yg dapat mengurniakan ketenteraman kecuali Dia Yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Dia lah yg memegang hati-hati hambanya...susah, gelisah, resah, gembira semuanya Allah SWT yg beri kita rasa..
Subhanallah, bayangkan kalau manusia tiada perasaan... adakah kita bisa merasai kasih sayang ibu? adakah kita akan beri makan anak kucing yang kelaparan mengiau di pintu rumah kita? Bagaimana pula pabila kita lihat saudara kita dicabul haknya dan dirampas hartanya di Palestin?
Sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan sesuatu itu dgn sia2.
maka pergunakanlah perasaan itu untuk lebih dekat padaNya, untuk membantu saudara2 seagama kita semampu kita, salurkannya ke arah yg mulia...

Nampaknya ana dah melencong dpd cerita ana yg asal, sebenarnya nak cerita benda lain, tapi masuk topik lain pulak...hmm takpe la kot, asalkan boleh menjadi peringatan buat diri ana sendiri dan sahabat2 sekalian..
Allah tidak akan serik mengurniakan rahmatNya, selagi mana kita tetap berharap kpdNya...
 
Search in the Holy Quran
Search keyword:
in
Search in the Hadith
Search keyword: in