...Marlina Mardhatillah...

Thursday, December 01, 2005

Puteriku Sayang..

assalamualaikum..
ana skrg tgh baca buku "Wahai Puteriku!" iaitu kumpulan hasil2 tulisan Zainab ah-Ghazali... alhamdulillah memberi semangat kpd ana utk meneruskan langkah kaki di jalan ini.. Articles dlm buku tu pendek2 je tapi penuh bermakna, maybe ana akan post-up a few of them kat sini nanti..
Ni lagu Puteriku Sayang, kata2 dlm lirik lagu ni sgt bererti.. Waktu dulu2 takdela terasa sgt bile dgr tapi sekarang memang cukup bermakna bagi diri ana..Ana harap puteri2 harapan Allah yg lain pun turut merenungi maksud disebaliknya... Wallahu a'lam..

*Puteriku Sayang*

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
 
Search in the Holy Quran
Search keyword:
in
Search in the Hadith
Search keyword: in