...Marlina Mardhatillah...

Saturday, February 25, 2006

Banjir di Melbourne??
Bah...bak kata Saadah..
kat sini pun ada banjir ke?
Eh, ade...
Bukan sahaja banjir, arus deras pulak tu..
tenggelam kaki masuk dlm air masa nak lintas jalan...

Hampir sahaja Charcoal Chicken tu nak dimasuki air..
tapi alhamdulillah kami sempat selamatkan diri..
sambil digelakkan oleh sorang lelaki ni,
dia kata...be prepared to swim..
sebab memang macam sungai dah depan kedai tu..

Aduhai,, apa lah nasib..
baru tengahari tadi panas terik
tiba-tiba hujan lebat diikuti oleh banjir kilat
Sungguh pelik kerana ia berlaku di Melbourne..

Kami pulak yg menjadi "pilihan"..
untuk diuji meski sebentar..
Masa tunggu tram punyelah lebat hujan
Naik je tram, berhentilah pulak..
Hmm..."alhamdulillah..."
tapi turun je lepas tu, .........bruuuuuuuuuu
Hujan lebat tiba-tiba
macam tahu2 je kitorg tgh keluar tram masa tu..

Subhanallah...
dlm susah2 itu manisnya terasa
Teruskan sahaja plan w/pun terpaksa meredah air longkang banjir
kasut tenggelam, seluar pula basah hingga ke lutut..
sekilas pandang memang tak indah langsung.
Tapi hati2 ini tak kisah..
siap sempat bergambar lagi dalam air bah..

MasyaAllah..
oleh kerana ujianMu Ya Allah..
semoga tautan hati2 ini makin kukuh
semoga ukhuwah ini berkekalan...
Walau baru seminggu berjumpa
terasa bagaikan bertahun sudah bersama..
Sesungguhnya kasih sayang dan persaudaraan ini tidak bukan..
hanya Rahmat dari ar-Rahman, ar-Rahim..

"Tiada beriman seorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
 
Search in the Holy Quran
Search keyword:
in
Search in the Hadith
Search keyword: in