Which of Allah's blessings will you deny?
Saudaraku!
Jadilah orang yang memerhatikan awan
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut
Lalu matahari menguasai laut
untuk membangkitkan wap air daripadanya
Diangkat airnya ke atas
melepasi bukit-bukau yang tinggi
Dan diliputinya udara sejuk
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit
Sekiranya Dia mahu
dijadikan udara panas
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan
Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran
hujan turun selepas awan diperah
Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalangnya
jika Dia mahu, hujan akan turun di sebalik bukit bukau
Diciptanya yang lain seumpamanya
dan digerakkkannya dengan takdirNya
ia terus bergerak
Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus
manusia akan ditimpa kebinasaan yang cepat
Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan dalam sesebuah negeri
bagaimanakah jika dicurahkan air batu sebesar bukit?
Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita....
dalam bentuk titisan hujan
sebahagiannya bertukar menjadi sungai-sungai
Sebahagiannya diserap tanah
supaya ia tidak menjadi penghalang segala makhluk
Tetapi bukan di tempat yang dalam sangat
memadai disimpan dalam bekas besar pada lapisan
Di dalam bekas daripada batu bata
ia disimpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia
Lihatlah betapa hinanya pentadbiran
pentadbiran orang yang tidak mempunyai pemikiran?
Daripada berhala yang tuli atau tabiat semulajadi
yang taat kepada Tuhannya?
Atau tiada keraguan sebenarnya
semuanya menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Tuhan Yang Satu
Berapa kalikah orang Islam ditimpa kemarau
lalu mereka meninggalkan bebanan dan batu penghalang
Mereka meminta daripada Tuhan jalan keluar
lalu mereka berhak mendapat kejayaan
dan mereka mendapat jalan keluar
Adakah kudrat alam atau berhala yang memakbulkannya?
atau Yang Maha Mendengar pelepas segala bala?
Hasil pena: Abdul Rahman Qadhi

*Subhanallah*

<< Home