...Marlina Mardhatillah...

Sunday, April 10, 2005

Self-reckoning..part 2


15. APA YANG AKU BUAT SEKARANG KEBANYAKANNYA ADALAH UNTUK MENCARI REZEKI, APA KAITANNYA JIKA AKU BERIMAN?

2-3. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia mengadakan jalan keluar untuknya dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, Dia akan memberikan pertolongan yang cukup kepadanya. Sesungguhnya Allah berkuasa melaksanakan segala urusanNya. ( at-Talaq)

16. KADANG-KADANG, AKU SUKAR DAN MALAS MELAKUKAN KEBAIKAN DAN AKU MENYANGKA AKU TIDAK ATAU BELUM LAGI DIBERI HIDAYAH.

8-10. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(Asy-Syam)

11.Sesungguhnya Allah tidak mengubahkan keadaansesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubah keadaanyang ada pada diri mereka (ar-Ra'd)

13. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ‘Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.(As-Sajdah)

17. ADAKAH PERNAH AKU TERFIKIR BAHAWA AKU CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA?

24.“ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya ( azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”(At-Taubah)

18. TAPI AKU CINTA KEPADA DUNIA INI!!!

64. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya ; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)(al-Ankaboot)

19. KDG2 KEADAAN DI TEMPATKU MEMBUATKU SUSAH UTK BERAMAL SOLEH.
56. Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesunggunya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (dimana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaku. (Al-Ankaboot)

20. AKU MENGAKU AKU BERSYUKUR, TAPI HAKIKATNYA?

23. Katakanlah (wahai Muhammad), “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur” (Al-Mulk)

21. JADI, APAKAH YANG PATUT AKU BUAT SELEPAS INI?--perbaiki amal dan luruskan niat kerana Allah

69. Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka kejalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembiraserta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(al-Ankaboot)

3.Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu.

22. OK, AKU AKAN CUBA BAIKI AMALANKU, TAPI SAMPAI BILAKAH AKU MAMPU BERTAHAN?

75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.(Al-Furqan)

2. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam jahiliiyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

23. APA YANG AKU DAPAT?

58. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh

.59. (iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.(al-Ankaboot)

24. OK..SEKARANG, DAH ABIS BACA, SUDAHKAH AKU DIBERI PERINGATAN? ---(jangan sampai kita merintih di akhirat kelak):

104.Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat..

105. (sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus menerus mendustakannya?”

106.”Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.”

108. (Allah ) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (al-Mukminun)

"Demi waktu pagi.Dan demi waktu malam yang sunyi sepi.Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia"(ad-Dhuha: 1-4)

~istiqamah...hidayah itu milik Allah..hanya Dia yg berhak mengurniakannya kpd sesiapa yg dia ingini..tetapi kita mesti berusaha memperolehnya dan berdoa kpdNya agar diberi petunjuk..~

"nahmaduhu wanastaghfiruhu, wanasta'inuhu, wana'uzubillahi min syuruuri anfusina, wamin sayyi ati a'malina..Man yahdillahu fala mudhillalah, waman yudhlil fala hadiyalah"
 
Search in the Holy Quran
Search keyword:
in
Search in the Hadith
Search keyword: in